Thursday, May 6, 2010

Stonemaster Anjur Rapid Blitz 9 Mei 2010

6 Mei 2010 – Stonemaster akan menganjurkan pertandingan catur rapid blitz untuk pemain tanpa rating atau kurang daripada rating 1700 pada hari Ahad, 9 Mei 2010 ini di DATCC, Wilayah Komplex, Kuala Lumpur.

Ini adalah kali pertama sejak tahun 2006, CM Fadli di bawah syarikat caturnya menganjurkan kejohanan catur cepat kilat ini. Apakah tujuan menganjurkan kejohanan seperti ini? Dahulu pada awal tahun 1990, CM Fadli memang kemaruk main catur kilat (selalunya main 3 atau 5 minit seorang). Boleh dikatakan setiap hari CM Fadli main catur kilat dengan kawan-kawan di ceruk-ceruk warung, rumah kawan dan sebagainya.

Antara salah satu sebab CM Fadli meningkat catur ialah kerana main catur kilat. Bagaimana kita hendak improve catur dengan bermain catur kilat? Anda boleh improve opening dan sekaligus tingkatkan skill time management. Sekiranya anda banyak hafal opening, bila anda main catur kilat, anda tidak akan buang masa baru nak ingat opening yang betul.

Lama-kelamaan, bila selalu main catur kilat, anda sudah jimat masa dalam peringkat opening dan boleh banyak tumpukan perhatian dalam peringkat middle game yang penuh dengan perangkap, strategi, taktik dan perancangan dan juga kombinasi. OK…Jumpa anda di DATCC pada 9 Mei nanti. Jom datang ramai-ramai dan ‘gegarkan’ Kuala Lumpur dengan kepantasan dan ketajaman minda kita!

 

SM Rapid Blitz

(sila klik pada imej untuk lihat imej yang lebih besar)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER:

The content contained within this blog site including comments, opinions, feedback, pictures, media, whether expressed directly or indirectly, are provided by a pool of contributing bloggers, writers and visitors of this blog site. These comments and opinions are theirs alone and as such, do not reflect the opinions of DATCC, the blog administrator or the people/group that are associated with DATCC. DATCC is not responsible for the accuracy and content of any of the information suplied within this blogsite. Readers and visitors of this website are advised to further clarify any or all of the information contained within this blogsite with the relevant/concerned parties.

Chess Equipments for sale

"SILVER" Chess clocks (Fide approved)
introduction offer RM 230

Chess sets (chess board + chess pieces+bag)
RM 30/=(10 percent discount for more than 5 sets)

Chess Quotes

“One bad move nullifies forty good ones”
(Horowitz)

“Chess is 99 percent tactics”
(Teichmann)

Followers

Other Malaysian Chess Blogs